Selama Mana Buli Menjadi Darah Daging dan Kebiasaan Kita
ยท 4:20
Episode Selama Mana Buli Menjadi Darah Daging dan Kebiasaan Kita
๐ฆ๐๐๐๐ ๐ ๐ ๐๐ก๐ ๐๐จ๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐ก๐ ๐๐๐ก ๐๐๐๐๐๐ฆ๐๐๐ก ๐๐๐ง๐ ๐ฅ Video ini merujuk kepada tragedi yang menimpa anakanda Zara Qairina baru-baru ini. Beliau bukan sahaja mangsa kepada pelaku jenayah buli, tetapi juga mangsa kepada sistem dan budaya yang membiarkan buli terus hidup. ๐จ Kita semua maklum buli tidak terhad berlaku hanya di sekolah, asrama atau universiti. Ia juga hidup subur dalam dunia profesional dan korporat: ๐ฉโ๏ธ Doktor senior vs junior โ๏ธ Budaya โtarukโ dalam kru penerbangan ๐ Dan kita sendiri , para netizen, membina komuniti yang berbahasa dengan bahasa buli, berinteraksi dalam dinamika buli yang sama. ๐ Sedangkan kita berasal daripada bangsa yang berbudi bahasa, dan agama kita, Islam, adalah agama yang mengharamkan walau sekadar menampar muka seseorang. โMaknanya, budaya dan agama kita masih belum berjaya mengikis jahiliah daripada diri. ๐ Tragedi buli tidak akan diambil serius, kerana kita menormalisasikannya melalui kata-kata seperti: ๐ฃ๏ธ โAku ok jeโ ๐ฃ๏ธ โAnak aku ok je!โ ๐ฃ๏ธ โKena sikit pun nak bising ke?โ ๐ Tapi lihat bagaimana Rasulullah ๏ทบ menangani situasi Abu Zarr r.a. Apabila Abu Zarr memanggil Bilal r.a. sebagai โanak perempuan hitamโ, Nabi ๏ทบ tidak membiarkannya. Baginda berkata: โWahai Abu Zarr, pada diri kamu itu ada jahiliah!โ ๐ Jika kita benar-benar insaf, kita mesti mulakan dengan muhasabah diri: โAdakah dalam diri aku ada jiwa pembuli? โAdakah aku menggunakan bahasa pembuli? โAdakah tindak tanduk aku mengulang budaya buli yang diwarisi? ๐ก Hanya individu yang menolak buli secara menyeluruh; dengan jiwa, kepercayaan, pemikiran, malah KEIMANAN, akan benar-benar berusaha menghapuskan buli daripada sistem dan kehidupan yang kita kongsi di dunia yang sementara ini. ๐คฒ Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk memerangi kejahilan dalam diri, dan menjadikan kita hamba-Nya yang membina, bukan membinasa. #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland๐ฎ๐ช๐ฒ๐พ #buli #jenayahbuli
Shows are listed from Apple Podcasts' charts and directory, and Podcast Index where it is used. Every show and episode belongs to its publisher and plays from the publisher's own feed; this site hosts none of them. Explicit shows are for adult profiles only, and children’s profiles hear only children’s shows. More about this list.