# EP194 | Rundingan AS-Iran Gagal, Bangun KL, Rafizi Bakal Dipecat?, GSF 2.0: Live Dari Barcelona

An episode of [Keluar Sekejap](https://invisiblenetwork.ai/podcast/1674683994), 14 Apr 2026, 1 h 09 min.

Audio: https://anchor.fm/s/de2f4d90/podcast/play/118418334/https%3A%2F%2Fd3ctxlq1ktw2nl.cloudfront.net%2Fstaging%2F2026-3-14%2F422018995-44100-2-75415e301d5ba.mp3

Episod 194 Keluar Sekejap membincangkan kegagalan AS–Iran mencapai persetujuan dalam isu gencatan senjata, serta implikasinya terhadap kestabilan geopolitik semasa. Episod ini turut mengulas inisiatif Bangun KL — tawaran kopi oleh ZUS Coffee pada harga RM5.00 yang dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, sebagai antara langkah intervensi strategik bagi menangani kesesakan trafik yang semakin kritikal di Kuala Lumpur. Selain itu, perbincangan turut menyentuh ketegangan antara Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, dan kepimpinan pusat yang semakin memuncak apabila beliau secara terbuka mencabar Lembaga Disiplin parti untuk mengambil tindakan terhadapnya. Keluar Sekejap juga berpeluang menemubual Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor secara langsung dari Barcelona, Sepanyol dalam misi Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0) — menyentuh perkembangan terkini, peranan Malaysia di peringkat global serta persiapan akhir sebelum armada memulakan pelayaran. Timestamp EP194 00:00 Intro 2:15 Iran-AS Gagal Capai Persetujuan 23:22 Bangun KL x Zus 35:20 Rafizi Diambang Pecat? 51:00 Lintas Langsung bersama MB Selangor dalam misi GSF 2.0

Shows are listed from Apple Podcasts' charts and directory, and Podcast Index where it is used. Every show and episode belongs to its publisher and plays from the publisher's own feed; this site hosts none of them.
